Beri peluang rakyat akses perkhidmatan kewangan

AGENSI pelaporan kredit terbesar Malaysia, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), menjalin kerjasama dengan LenddoEFL bagi memperluaskan perangkuman kewangan pengguna Malaysia yang kurang atau tidak mempunyai sejarah kredit melalui ‘CTOS Non-Traditional Data Score’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Holdings Sdn Bhd, Dennis Martin berkata, walaupun markah kredit ramalan tentang tingkah laku pembayaran telah meningkat tahun demi tahun, namun sekumpulan besar peminjam yang berpotensi baik ketika ini dinafikan akses kepada kredit disebabkan kurangnya sejarah kredit.

“Disebabkan pemberian pinjaman pengguna lazimnya bergantung kepada skor kredit, individu ini mendapati diri mereka terpinggir daripada ekosistem kredit dan juga sukar menambah baik markah kredit mereka.

“Dengan memanfaatkan sepenuhnya data tingkah laku dan data digital yang diizinkan penggunaannya oleh pengguna, CTOS dan  LenddoEFL akan melancarkan platform keputusan kredit universal yang mampu menaksir kebolehpercayaan kredit mana-mana rakyat Malaysia, baik yang ada sejarah kredit mahupun kurang sejarah kredit,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Dennis, kini banyak individu yang dahulunya kurang dilayan oleh institusi kredit atas alasan risiko kredit tradisional mereka, akan menikmati peluang untuk akses kredit. 

Read full article.